Ribut Kencang & Hujan Lebat Telah Menyebabkan Bekalan Utama Makanan Pelajar Madrasah Al Huffaz Wal Ulum Terputus


Akibat ribut hujan lebat. Bekalan utama makanan pelajar terputus
Hujan lebat dan angin kencang yang melanda telah semua tanaman musnah. Tanaman yang selama ini menjadi bekalan utama makanan pelajar Madrasah Al-Huffaz Wal Ulum telah musnah sepenuhnya akibat ribut baru-baru ini. Usaha berdikari yang diharapkan dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumbangan kini tidak lagi dapat diteruskan buat sementara waktu. Akibatnya, pihak madrasah kehilangan sumber bekalan makanan harian untuk pelajar tahfiz. Kami berdepan keadaan yang sangat mencabar demi memastikan makan minum pelajar terus terjaga & pembelajaran Al-Quran tidak terganggu.
Dengan penuh rendah hati, kami memohon bantuan Hamba Allah yang budiman untuk menaja makanan, bahan mentah atau infaq kewangan bagi menampung keperluan dapur madrasah. Kami tidak meminta untuk kemewahan, kami hanya ingin memastikan anak-anak ini tidak belajar dalam keadaan lapar atau kekurangan. Infaq anda adalah rezeki buat mereka dan pahala berpanjangan buat anda.
Infaq bantuan segera di perlukan
Asbab tajaan Tuan/Puan ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.
MADRASAH AL HUFFAZ WAL ULUM LIL BANAT
CIMB
86036 05085
LOKASI KAMI:
MADRASAH AL HUFFAZ WAL ULUM,
LOT 442, JALAN PARIT OMAR,
KAMPUNG BUKIT HIJAU, JERAM
45800, KUALA SELANGOR
018-3251843 Ustaz Hafiz (Pengetua)
Maklumat tambahan:
1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.
2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60183251843 Ustaz Hafiz Pengerusi