
Firman Allah S.W.T
“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”
Surah al-Muzzammil, ayat 20
"Madrasah Al-Huffaz Wal-Ulum (MAHWU) kini menempatkan lingkungan 150 pelajar golongan asnaf dan yatim. Mereka juga terpaksa beroperasi sepenuhnya di rumah kedai yang disewa. Kos sewa sahaja telah menelan sehingga RM17,000 sebulan, tidak termasuk kos operasi lain."
Untuk pengetahuan semua, kami telah bertukar kontraktor sebanyak 2 kali, sebab kami tak mampu untuk buat bayaran mengikut bill / invoice kerja-kerja yang telah mereka lakukan.kerana pendemik kenaikan harga barang.Kerana itu kontraktor memberhentikan sementara projek pembangunan ini dan meneruskan pembinaan ini jika kewangan ada.
Anak-anak pintar ini bagaikan permata yang perlu digilap untuk mereka menyinari ummah. Tetapi dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, sukar buat kami untuk terus menampung mereka.Dalam 150 orang pelajar, hanya 30% di antara mereka yang mampu untuk membayar yuran. Selebihnya, terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf yang tidak berkemampuan.
Walaupun tidak mampu membayar yuran, kami tetap berusaha untuk mencari solusinya. Tidak sanggup kami melihat senyuman anak-anak ini pudar kerana terpaksa belajar dan mengaji di tempat yang tidak selesa.Dalam tubuh mereka yang kecil ini, mereka mempunyai cita-cita yang besar. Nak membantu masyarakat, nak membanggakan ibubapa mereka walaupun ada yang sudah meninggal dunia.
Oleh itu, mari kita rebut peluang melipat kali gandaan pahala bersedekah kita Tuan/Puan untuk membantu kami menyiapkan projek pembangunan komplek Madrasah kami yang lengkap dan dapat melahirkan lagi hafiz-hafizah Al Quraan yang berjaya di dunia dan akhirat.
BERSAMA KITA DAPATKAN PAHALA BERTERUSAN DENGAN BERWAKAF DAN INFAK PEMBINAAN
Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah:
“Saya mewakafkan/ menginfakkan berjumlah RM (20/50/100) untuk usaha-usaha pemakmuran dan pembangunan Madrasah Al Huffaz Wal Ulum
WAKAF INFAK – RM100
WAKAF INFAK – RM50
WAKAF INFAK – RM30
Diharapkan dengan sumbangan Tuan/Puan, lebih ramai lagi hafiz Al-Quran yang holistik agar mereka dapat menggapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak, inshaAllah. Semoga Allah SWT memberkati rezeki dan merahmati kehidupan Tuan/Puan.
AL HUFFAZ WAL ULUM C0LLECTI0N
MAYBANK
5628 4351 1610
Madrasah Al-Huffaz Wal Ulum,Jalan Dataran Suria 15/7/3, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor | 018-3251843 Ustaz Hafiz (Pengetua)