Firman Allah S.W.T
“Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahala-Nya.”
Surah al-Muzzammil, ayat 20
Pada masa ini, Madrasah Al Huffaz Wal-Ulum (MAHWU) yang terletak di Puncak Alam,Selangor menampung seramai 150 orang pelajar, diiringi oleh 8 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beratus pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Bahkan, ada yang berjaya menghafaz hanya dalam masa 7 bulan sahaja! Ada juga yang berjaya melanjutkan pelajaran di dalam bidang Akademi mashaAllah.
Anak-anak pintar ini bagaikan permata yang perlu digilap untuk mereka menyinari ummah. Tetapi dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, sukar buat kami untuk terus menampung mereka. Ditambah pula dengan kos operasi yang mencecah RM80,000 sebulan. Dalam 150 orang pelajar, hanya 30% di antara mereka yang mampu untuk membayar yuran. Selebihnya, terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf yang tidak berkemampuan.
Walaupun tidak mampu membayar yuran, kami tetap berusaha untuk mencari solusinya. Tidak sanggup kami melihat senyuman anak-anak ini pudar kerana terpaksa dihentikan pembelajarannya. Dalam tubuh mereka yang kecil ini, mereka mempunyai cita-cita yang besar. Nak membantu masyarakat, nak membanggakan ibubapa mereka walaupun ada yang sudah meninggal dunia.
Oleh itu, Ramadhan yang barakah ini kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan serba sedikit beban kos operasi Madrasah Al Huffaz Wal Ulum agar kami dapat terus membantu anak-anak ini keluar dari kesempitan hidup mereka dan menggapai masa hadapan yang lebih cerah.
TERPAKSA MELEPASKAN VAN SEKOLAH SEKIRANYA TIADA PILIHAN.
van sekolah hasil infak orang ramai sebelum ini telah memudahkan urusan kami untuk membawa pelajar ke Masjid yang terletak 7km dari madrasah.Selain itu juga ia digunakan untuk keadaan kecemasan dan menghadiri jemputan orang ramai..Tetapi dengan apa yang berlaku sekarang ini dengan keadaan yang membimbangkan..kemungkinan kami tiada pilihan lain selain melepaskan satu-satunya van kesayangan pelajar-pelajar kami ini.
BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.
Bagi kami di pihak madrasah, kami sedaya upaya menyediakan modul terbaik buat mereka menghafaz. Kami juga melihat usaha dan pemcapaian luar biasa dari anak-anak ini untuk keluar dari kesempitan hidup mereka.
Marilah tuan puan, mengumpul saham akhirat bersama-sama kami dalam usaha melahirkan generasi celik Al-Quran dan pendidik generasi akan datang.
SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN?
Kos keseluruhan operasi sebulan ialah RM80,000 termasuk makan dan minum pelajar, gaji tenaga pengajar, utiliti dan lain-lain.
BAGAIMANA INGIN MENYUMBANG UNTUK PAHALA AKHIRAT?
Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah:
PAKEJ A – RM300
PAKEJ B – RM200
PAKEJ C – RM100
PAKEJ D – RM50
SEIKHLAS HATI – RM20
Diharapkan dengan sumbangan Tuan/Puan, lebih ramai lagi hafiz Al-Quran yang holistik agar mereka dapat menggapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak, inshaAllah. Semoga Allah SWT memberkati rezeki dan merahmati kehidupan Tuan/Puan.
MADRASAH AL HUFFAZ WAL ULUM LIL BANAT
MAYBANK
5628 4351 1610
Madrasah Al-Huffaz Wal Ulum,Jalan Dataran Suria 15/7/3, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor | 018-3251843 Ustaz Hafiz (Pengetua)