KAMI MEMERLUKAN INFAQ BERAS DEMI SEMPURNAKAN MAKAN MINUM PELAJAR TAHFIZ DISINI 



Di Madrasah Huffaz Wal Ulum, Puncak Alam, setiap pagi adalah perjuangan. Pelajar-pelajar tahfiz yang cekal ini bangun awal, memulakan hari dengan Al-Quran dan zikir. Dalam ketenangan suasana pagi, mereka duduk bersama, bersedia untuk menghadapi hari demi mengejar ilmu dan barakah Allah. Namun, ada satu perkara yang mengganggu – perkara yang mereka jarang kongsikan, tetapi yang cukup berat ditanggung oleh hati mereka.

Dengan kekangan kewangan yang kian meruncing, madrasah kini menghadapi cabaran besar. Sumber makanan semakin susut, dan pilihan mereka semakin terhad. 

Bayangkan sahaja – mereka yang masih muda, begitu bersemangat ingin menghafaz Al-Quran dan menuntut ilmu, terpaksa berlapar kerana kekurangan beras, bekalan yang menjadi keperluan asas harian mereka.


Oleh itu, kami dengan rendah hati menyeru para dermawan untuk menghulurkan sumbangan dalam bentuk infaq beras. Setiap butir beras yang anda infaqkan akan membantu memberikan senyuman dan ketenangan kepada pelajar-pelajar kami.

Bagaimana Anda Boleh Membantu:

  • Sumbangkan beras secara langsung ke sekolah.
  • Hulurkan infaq sumbangan kewangan untuk kami membeli beras


Infaqkan Beras Hari Ini dan Jadikan Kenyang Mereka Sebagai Pahala Anda!




Pada masa ini, Madrasah Al Huffaz Wal-Ulum lil banat (MAHWU) yang terletak di Puncak Alam,Selangor menampung seramai 40 orang pelajar, diiringi oleh5 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beratus pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Bahkan, ada yang berjaya menghafaz hanya dalam masa 7 bulan sahaja! Ada juga yang berjaya melanjutkan pelajaran didalam bidang Akademi mashaAllah.
                         
                       
Dalam 40 orang pelajar, hanya 30% di antara mereka yang mampu untuk membayar yuran. Selebihnya, terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf yang tidak berkemampuan.Walaupun tidak mampu membayar yuran, kami tetap berusaha untuk mencari solusinya.

Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan serba sedikit beban kos operasi Mahad agar kami dapat terus membantu anak-anak ini keluar dari kesempitan hidup mereka dan menggapai masa hadapan yang lebih cerah.


Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej yang boleh dipilih mengikut kemampuan anda :

INFAQ 10 KG BERAS – RM40

INFAQ 5 KG BERAS – RM20

Asbab tajaan Tuan/Puan ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak


AL HUFFAZ WAL ULUM COLLECTION

MAYBANK

5628 4351 1610

LOKASI KAMI:

Madrasah Al-Huffaz Wal Ulum,

Jalan Dataran Suria 15/7/3,

Bandar Puncak Alam,

42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

018-3251843 Ustaz Hafiz (Pengetua)


Maklumat tambahan:

1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.


2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada  kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.


3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60183251843 Ustaz Hafiz Pengerusi 



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Taja Untuk 10 x Pelajar Iftar Ramadhan ( RM 150 )
Taja Untuk 5 x Pelajar Makan Minum (RM75)
Taja Untuk 2 x Pelajar Makan Minum (RM30)
Taja Untuk 1 x Pelajar Makan Minum (RM15)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN